Tarikh: 25 Jun 2025
Penceramah: En Azrul Hafiz Zahari
Sinopsis :
Sesi ini bertujuan untuk memberikan pendedahan menyeluruh mengenai pengendalian seminar maya secara efektif menggunakan platform Microsoft Teams. Peserta akan diperkenalkan kepada fungsi-fungsi utama seperti penjadualan mesyuarat, pengurusan peserta, penggunaan bilik mesyuarat maya (breakout rooms), perkongsian bahan pembentangan, serta rakaman sesi.