Tarikh: 3 Julai 2025
Penceramah: Dr. Ernie Rozaini Sulaiman
Sinopsis :
Sesi ini akan memperkenalkan Canva sebagai alat reka bentuk visual yang mudah digunakan, merangkumi pemahaman asas, penerokaan fungsi utama, latihan menghasilkan reka bentuk ringkas seperti poster, flyer dan persembahan, serta perkongsian tips dan amalan terbaik untuk hasil yang lebih menarik dan profesional.
Tarikh: 9 Julai 2025
Penceramah: En Mohamad Amirul Hakimi Mohamad Alias
Sinopsis :
Siri webinar ini memberi pendedahan praktikal tentang bagaimana Microsoft Power Automate boleh digunakan bersama SharePoint, Teams, dan Forms bagi meningkatkan kecekapan proses kerja organisasi. Peserta akan mempelajari cara membina aliran kerja (workflow) untuk memberi notifikasi segera, pengumpulan data menggunakan borang secara dalam talian dan mengintegrasi data antara aplikasi. Siri ini boleh dimanfaatkan oleh warga organisasi dari pelbagai latar belakang dalam memberi nilai tambah kepada perkhidmatan yang disediakan.
Tarikh: 17 Julai 2025
Penceramah: Ts. Dr. Suhailah Mohamed Noor
Sinopsis :
Webinar ini membimbing staf UiTM mengurus dokumen dan kolaborasi kerja secara lebih efisien menggunakan Microsoft SharePoint, Teams dan OneNote. Dalam sesi ini, peserta akan didedahkan kepada amalan terbaik dalam penyimpanan dan perkongsian dokumen, serta kaedah membangunkan laman info dan ruang kerja digital yang tersusun, selamat dan sesuai bagi menyokong keperluan kerja dalam persekitaran akademik dan pentadbiran.
Webinar ini sangat sesuai untuk warga kerja UiTM yang ingin meningkatkan kecekapan pengurusan maklumat serta mengadaptasi budaya kerja digital yang lebih terancang dan kolaboratif.
Tarikh: 30 Julai 2025
Penceramah: En Zamani Umar Husin
Sinopsis :
Umum mengetahui, WiFi telah menjadi nadi utama dalam kehidupan seharian daripada urusan kerja, pembelajaran hingga kepada hiburan di rumah. Webinar kali ini, peserta akan diberi pendedahan mengenai teknologi WiFi, bagaimana ia berfungsi, serta kepentingannya dalam komunikasi era digital.
Selain itu, webinar ini juga akan menyentuh mengenai langkah keselamatan asas untuk melindungi rangkaian WiFi daripada ancaman luar. Sesi ini sesuai untuk orang awam, pelajar, staf atau sesiapa sahaja yang ingin memahami WiFi dengan lebih jelas dan bagaimana ia memberi impak kepada gaya hidup masa kini.