Tarikh: 17 April 2025
Penceramah: En Hairulnizam Ghazali
Sinopsis :
Perkongsian ini mengetengahkan kepentingan dan faedah utama Kad MySiswa, satu inisiatif strategik hasil kerjasama antara UiTM dan RHB Bank, yang diberikan kepada semua pelajar UiTM sebagai identiti rasmi pelajar serta sebagai medium perbankan yang selamat dan bersepadu. Selain itu, ia turut memberi tumpuan kepada pengoperasian pengagihan dan pengaktifan Kad MySiswa, yang telah dijalankan secara berperingkat di UiTM Cawangan Selangor (UCS).