Merevolusikan Produktiviti dengan Kemajuan Digital
"Revolutionising Productivity with Digital Advancements"
InfostrukturWebinar@UCS merupakan adaptasi dan kesinambungan inisiatif Pelan Strategik ICT (ICT Strategic Plan) UiTM 2018-2021 yang telah dilaksanakan secara dalam talian (online) oleh Jabatan Infostruktur, PPII di UiTM Shah Alam pada tahun 2020 dan 2021. Pelaksanaan program secara online ini adalah kesan daripada pandemik Covid-19 yang membataskan pelaksanaan aktiviti secara fizikal. Platform online telah menjadi norma baharu yang digunakan secara intensif dalam menyebarluas maklumat kerana dapat menjangkau sasaran peserta atau warga UiTM yang lebih luas merentas kampus dan negeri selain memberi impak kepada universiti dalam penjimatan kos dan masa.
Pada tahun 2025 program ini tampil dengan tema "Merevolusikan Produktiviti dengan Kemajuan Digital" yang akan mengetengahkan pelbagai topik melalui penggunaan dua (2) platform yang dikenalpasti dapat meningkatkan produktiviti kerja dan tahap literasi digital warga kampus iaitu Microsoft 365 dan Google Workspace. Setiap topik akan disampaikan oleh panel penceramah yang dilantik dengan penuh informasi, secara santai, ringkas dan padat serta terkesan kepada semua peserta.
Statistik: 0 jumlah penyertaan|1 siri webinar|1 penceramah
Data sehingga April 2025
Pelancaran Program Literasi Digital
25 Mac 2025 - Majlis Apresiasi InfostrukturWebinar@UCS 2025 telah berjaya dianjurkan oleh Bahagian Infostruktur, UiTM Cawangan Selangor (UCS). Majlis ini diadakan bertujuan menyampaikan penghargaan kepada barisan penceramah jemputan, moderator dan jawatankuasa pelaksana atas sumbangan dan komitmen dalam menjayakan siri webinar sepanjang tahun 2024. Pada majlis yang sama, pelancaran Program Literasi Digital tahun 2025 telah dilaksanakan bersekali dengan perluasan penggunaan Sistem Pengurusan Inventori ICT (UCS ICT Inventory Management System, UIIMS).
Perasmian majlis dan penyerahan sijil penghargaan telah disempurnakan oleh YBrs. Profesor Ir. Ts. Dr. Juliana Johari, Ketua Pegawai Digital, Jabatan Digital UiTM, yang diiringi oleh YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UCS.
Upcoming
Webinar
Program akan dilaksanakan selama sepuluh (10) bulan dengan lebih daripada 8 siri webinar yang telah disusun sepanjang tahun 2025.
Webinar ini telah dirancang untuk diadakan sekurang-kurangnya dua (2) kali sebulan dengan durasi selama 1 jam bagi setiap siri bermula pada April 2025 hingga Disember 2025.
Kaedah pelaksanaan adalah secara maya dengan menggunakan Microsoft Teams manakala kehadiran dan maklumbalas peserta pula akan direkod secara online.
Peserta yang menghadiri sesi webinar akan diberi jam latihan dan sijil digital (digital certificate) berdasarkan borang maklumbalas yang lengkap diisi.
Kumpulan sasar program ini adalah kepada warga UiTM Cawangan Selangor daripada kalangan staf dan pelajar UiTM.
Penyertaan webinar ini tidak terhad kepada warga UCS kerana dilaksanakan secara dalam talian melalui platform maya (virtual platform).
Sila rujuk jadual siri webinar untuk melihat topik topik yang disusun sepanjang April- Disember 2025.
Sijil Digital dan Jam Latihan akan diberikan kepada peserta yang telah melengkapkan borang maklumbalas di akhir setiap sesi.