Infostruktur

Webinar@UCS

2024

"Memperkasakan Perubahan melalui Transformasi Digital"

"Empowering Change through Digital Transformation"

InfostrukturWebinar@UCS adalah merupakan adaptasi dan kesinambungan inisiatif Pelan Strategik ICT (ICT Strategic Plan) UiTM 2018-2021) yang telah dilaksanakan secara dalam talian (online) oleh Jabatan Infostruktur, PPII di UiTM Shah Alam pada tahun 2020 dan 2021. Pelaksanaan program secara online ini adalah kesan daripada pandemik Covid-19 yang membataskan pelaksanaan aktiviti secara fizikal. Platform online telah menjadi norma baharu yang digunakan secara intensif dalam menyebarluas maklumat kerana dapat menjangkau sasaran peserta atau warga UiTM lebih luas merentas kampus dan negeri selain memberi impak kepada universiti dalam penjimatan kos dan masa.


Program yang bertemakan "Memperkasakan Perubahan melalui Transformasi Digital" akan mengetengahkan pelbagai topik melalui tiga (3) sub-tema yang dikenal pasti iaitu Pembangunan Kendiri ICT (ICT Personal Development), Hebahan Teknologi & Produk ICT terkini (ICT Product & Technology Update) dan Kesedaran Dasar dan Perkhidmatan ICT (ICT Policy & Services Awareness). Setiap topik akan disampaikan oleh panel penceramah yang dilantik dengan penuh informasi, secara santai, ringkas dan padat serta terkesan kepada semua peserta.

 

 

Statistik: 2624 jumlah penyertaan|7 siri webinar|6 penceramah 



Data sehingga Sept 2024

Upcoming

Webinar

31 Julai 2024

28 Ogos 2024

18 Sept 2024

Maklumat Webinar

Program akan dilaksanakan selama sepuluh (10) bulan dengan lebih daripada 8 siri webinar yang telah disusun sepanjang tahun 2024.

Webinar ini telah dirancang untuk diadakan sekurang-kurangnya dua (2) kali sebulan dengan durasi selama 1 jam bagi setiap siri bermula pada Mac 2024 hingga Disember 2024.


Kaedah pelaksanaan adalah secara maya dengan menggunakan Microsoft Teams manakala kehadiran dan maklumbalas peserta pula akan direkod secara online.


Peserta yang menghadiri sesi webinar akan diberi jam latihan dan sijil digital (digital certificate) berdasarkan borang maklumbalas yang lengkap diisi.


Penyertaan

Kumpulan sasar program ini adalah kepada warga UiTM Cawangan Selangor daripada kalangan staf dan pelajar UiTM. 


Penyertaan webinar ini tidak terhad kepada warga UCS kerana dilaksanakan secara dalam talian melalui platform maya (virtual platform). 


Sila rujuk jadual siri webinar untuk melihat topik topik yang disusun sepanjang April- Disember 2024.

Tentatif Jadual Webinar

Insentif 

Sijil Digital  dan Jam Latihan akan diberikan kepada peserta yang telah melengkapkan borang maklumbalas di akhir setiap sesi.