Memupuk Minda Digital Melalui Kecerdasan Buatan
“Cultivating a Digital Mindset Through Artificial Intelligence”
InfostrukturWebinar@UCS merupakan adaptasi dan kesinambungan inisiatif Pelan Strategik ICT (ICT Strategic Plan) UiTM 2018-2021 yang telah dilaksanakan secara dalam talian (online) oleh Jabatan Infostruktur, PPII di UiTM Shah Alam pada tahun 2020 dan 2021. Pelaksanaan program secara online ini adalah kesan daripada pandemik Covid-19 yang membataskan pelaksanaan aktiviti secara fizikal. Platform online telah menjadi norma baharu yang digunakan secara intensif dalam menyebarluas maklumat kerana dapat menjangkau sasaran peserta atau warga UiTM yang lebih luas merentas kampus dan negeri selain memberi impak kepada universiti dalam penjimatan kos dan masa.
Pada tahun 2026 program ini tampil dengan tema "Memupuk Minda Digital Melalui Kecerdasan Buatan" yang akan mengetengahkan pelbagai topik melalui penggunaan dua (2) platform yang dikenalpasti dapat meningkatkan produktiviti kerja dan tahap literasi digital warga kampus iaitu Microsoft 365 dan Google Workspace. Setiap topik akan disampaikan oleh panel penceramah yang dilantik dengan penuh informasi, secara santai, ringkas dan padat serta terkesan kepada semua peserta.
Statistik: 2866 jumlah penyertaan|04 siri webinar|04 penceramah
Data sehingga Jun 2026
Pelancaran Program Literasi Digital
2 April 2026 - Majlis Apresiasi InfostrukturWebinar@UCS 2026 telah berjaya dianjurkan oleh Bahagian Infostruktur, UiTM Cawangan Selangor (UCS) sebagai tanda penghargaan kepada para penceramah jemputan, moderator serta jawatankuasa pelaksana atas komitmen dan sumbangan mereka dalam menjayakan siri webinar sepanjang tahun 2025. Majlis ini turut menyaksikan pelancaran Program Literasi Digital bagi tahun 2026 sebagai inisiatif berterusan dalam memperkasa Literasi Digital warga universiti.
Majlis perasmian serta penyampaian sijil penghargaan telah disempurnakan oleh Puan Hajah Sariani Sarijo, Pengarah Bahagian Governan, Strategik dan Arkitektur Digital, Jabatan Digital, yang mewakili Ketua Pegawai Digital UiTM. Beliau diiringi oleh YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor.
Upcoming
Webinar
Program akan dilaksanakan selama sepuluh (10) bulan dengan lebih daripada 8 siri webinar yang telah disusun sepanjang tahun 2026.
Webinar ini telah dirancang untuk diadakan sekurang-kurangnya dua (2) kali sebulan dengan durasi selama 1 jam bagi setiap siri bermula pada April 2026 hingga Disember 2026.
Kaedah pelaksanaan adalah secara maya dengan menggunakan Microsoft Teams manakala kehadiran dan maklumbalas peserta pula akan direkod secara online.
Peserta yang menghadiri sesi webinar akan diberi jam latihan dan sijil digital (digital certificate) berdasarkan borang maklumbalas yang lengkap diisi.
Kumpulan sasar program ini adalah kepada warga UiTM daripada kalangan staf dan pelajar UiTM serta Komuniti Luar.
Penyertaan webinar ini dilaksanakan secara dalam talian melalui platform maya (virtual platform).
Sila rujuk jadual siri webinar untuk melihat topik topik yang disusun sepanjang April- Disember 2026.
Sijil Digital dan Jam Latihan akan diberikan kepada peserta yang telah melengkapkan borang maklumbalas di akhir setiap sesi.